Tuesday, 23 August 2011

Senyum lagi !

Tahukah engkau,

Awan sedang mengukirkan senyuman lagi

Langit tidak jemu menghulurkan bahagia
Kasih ini sudah lama tidak disapa
Sayang ini sudah lama tidak dijejaki
Cinta ini sudah sekian lama tidak dicari
Hati ku pula sudah lama tidak dimiliki



Tahukah engkau,

Awan sedang mengukirkan senyuman lagi
Langit tidak jemu menghulurkan bahagia
Setelah badai membanjiri hati
Kedukaan disaluti redup nan kesayuan
Luka ini dibaluti nanah tanpa dirawat
Langit rundum menimpa diri,datangnya kilat,petir dan guruh yang menggerunkan
Bibir kering tuk senyum lagi




Tahukah engkau,

Awan sedang mengukirkan senyuman lagi
Langit tidak jemu menghulurkan bahagia
Sujudku memanjatkan kesyukuran,Tuhan
Terima kasih kerana masih datangkan sinaran mentari



Tahukah engkau,

Awan sedang mengukirkan senyuman lagi
Langit tidak jemu menghulurkan bahagia
Renungan matanya yang redup,menyambut hatiku
Suaranya mesra bermain di cuping ku
Senyumannya menyejukkan dendam yang berbara
Dakapannya memayungi salju,menenangkan daku
Kerinduan tidak kan terubat melainkan engkau yang merawatnya



Sang pencinta,

Jagalah hatiku dengan sebaiknya <3


SALAM ;
NOOR SHAHIRAH BINTI NOOR'ADI

P/S : awak , saya rindu sangat sangat dekat awak . saya sayang awak sangat-sangat taww . saya tak tipu <3

penulisan adalah bidang saya

No comments:

Post a Comment

HAK MILIK TERPELIHARA OLEH NOOR SHAHIRAH NOOR'ADI